PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) yang baru berakhir ini mungkin merupakan antara PAU yang paling penting dalam sejarah penubuhan UMNO. Ini mungkin disebabkan kedudukan UMNO pada hari ini yang bukan lagi dianggap sebagai sebuah parti Melayu yang utama dan unggul.
Itu sebabnya segala kata-kata semangat yang dilontarkan oleh pucuk pimpinan dan para perwakilan semasa PAU, jangan ditinggalkan di dalam dewan persidangan. Ia perlu disemat di dalam hati setiap ahli UMNO sebagai pemangkin untuk kembali bangkit setelah tewas dengan teruk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam hal ini, UMNO masih memerlukan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan untuk terus mengemudi kapal UMNO yang masih memerlukan kestabilan. Namun pada masa yang sama, UMNO wajib meletakkan harapan kepada generasi muda parti kerana kita tidak boleh nafikan bahawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, undi orang mudalah yang bakal menjadi penentu kejayaan atau kegagalan UMNO.
Itu sebabnya Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu bergerak dengan lebih cergas dan proaktif kerana merekalah yang akan menjadi barisan hadapan khasnya ketika PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Timbalan Presiden UMNO dalam ucapannya telah menegaskan bahawa sudah tiba masanya juga untuk mengenal pasti, dan melatih generasi pelapis dalam UMNO itu sebagai persediaan untuk mereka mengemudi kerajaan dan negara pada masa akan datang.
Sementara itu, Presiden UMNO telah menegaskan juga bahawa UMNO tidak akan berkompromi atas prinsip perjuangan yang menjadi teras parti keramat ini. Menurut beliau, meskipun UMNO kini menjadi sebahagian daripada gabungan baharu dalam Kerajaan Perpaduan, namun apa yang penting ialah identiti UMNO sebagai pembela Melayu dan Islam akan sentiasa kekal kukuh.
Presiden UMNO juga dengan lantang telah menegaskan bahawa: "Andai ada yang cuba memainkan sentimen, kononnya kerjasama politik yang dilakukan oleh UMNO, akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, suka saya tegaskan, UMNO bukan 'political chameleons'... mengkarung politik".
Satu perkara yang kita tidak boleh nafikan ialah UMNO kini boleh dianggap seperti seorang pesakit yang baru hendak pulih daripada sakit atau kecederaan. Itu sebabnya parti ini perlu cermin diri, merawat kecedaraan yang dialami serta memastikan pemulihan dapat dijalankan dengan berkesan. Walaupun proses ini memerlukan masa, tetapi jika perpaduan dalam UMNO dapat dikukuhkan, maka ia akan dapat menguat dan menyatupadukan parti ini.
Selain itu, UMNO juga perlu melupakan segala perkara remeh-temeh dan terus bersama-sama dengan parti lain dalam melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat dan negara dalam Kerajaan Perpaduan.
Dan pastinya antara yang menjadi tumpuan pada PAU hari itu, adalah kehadiran Perdana Menteri, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kembali menghadiri PAU setelah dipecat oleh parti tersebut pada 1998. Anwar menyifatkan kehadiran beliau pada PAU 2023 adalah bagi mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan selain memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Apa yang dikatakan oleh Anwar, adalah selari dengan ucapan dari Presiden UMNO juga, yang menggesa semua pihak agar memberi peluang kepada kerajaan Malaysia Madani menterjemahkan setiap agenda mereka seperti yang telah dijanjikan.
"Berilah peluang kepada kerajaan ini untuk menterjemah agenda yang telah dijanjikan dan dirancang untuk dilaksanakan dengan dukungan kakitangan awam, yang berpegang kepada prinsip menumpahkan taat setia kepada kerajaan semasa".
Sekarang terpulang kepada pucuk kepimpinan serta ahli-ahli UMNO sekelian untuk menterjemahkan kata-kata semangat semasa PAU hari itu, kepada satu perjuangan baharu yang akan meletakkan semula UMNO sebagai parti yang akan terus kekal relevan di negara kita.
* Penulis adalah Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan MPM/ Penganalisis politik.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Shahbudin Embun
Sun Jun 11 2023
UMNO wajib meletakkan harapan kepada generasi muda parti kerana kita tidak boleh nafikan bahawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - Gambar hiasan
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Suspek 'serigala tunggal' | Cuba ceroboh Istana Negara | Tak sabar kembali main bola
- Ancaman JI terkawal, suspek serang balai polis Ulu Tiram bertindak sendiri
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.